Penomboran minggu Minggu_tujuh_hari

Peta dunia yang menunjukkan pangkal minggu di pelbagai negara
  •      Sabtu
  •      Ahad
  •      Isnin
  • Peta dunia yang menunjukkan hari rehat mingguan di pelbagai negara
  •      Khamis
  •      Jumaat
  •      Sabtu
  •      Ahad
  • Minggu-minggu dalam kalendar Gregory boleh dinomborkan untuk setiap tahun. Cara penomboran ini sering digunakan (misalnya oleh sekolah dan perniagaan) di sesetengah negara Eropah dan Asia, tetapi jarang digunakan di tempat lain.

    ISO 8601 mencakupi sistem tarikh minggu ISO yang mana setiap minggu bermula pada hari Isnin dan dikaitkan dengan tahun yang mengandungi Khamis dalam minggu itu (maka jika hari Tahun Baru jatuh pada hujung minggu panjang Jumaat–Ahad, maka minggu pertama tahun itu bermula selepas itu).Contoh: minggu pertama 2004 (2004W01) adalah dari Isnin 29 Disember 2003 hingga Ahad 4 Januari 2004, kerana hari Khamisnya ialah 1 Januari 2004, sementara minggu pertama 2005 (2005W01) adalah dari Isnin 3 Januari 2005 hingga Ahad 9 Januari 2005 kerana Khamisnya adalah 6 Januari 2005, dan oleh itu Khamis pertama untuk 2005. Bilangan minggu terakhir dalam sesebuah tahun adalah 52 atau 53 (53 pada tahun 2004). Secara skema, kelaziman ISO ditafsirkan seperti berikut:

    Tarikh dalam JanuariKesan
    ISRKJSANo. mingguEmpunya minggu
    12345671Tahun baru
    1234561Tahun baru
    123451Tahun baru
    12341Tahun baru
    12353Tahun sebelumnya
    1253 atau 52Tahun sebelumnya
    152Tahun sebelumnya

    Akan tetapi, sesetengah negara mengamalkan sistem penomboran yang berbeza daripada piawaian ISO. Sekurang-kurangnya terdapat enam sistem seumpamanya:[10][11]

    SistemPangkal mingguMinggu pertama setahun mengandungiBolehkah juga minggu terakhir tahun sebelumnya?Digunakan di mana
    ISO-8601Isnin4 JanuariKhamis pertama4–7 hari setahuntidakEU dan kebanyakan negara Eropah lain
    (Islam)Sabtu1 JanuariJumaat pertama1–7 hari setahunyaSebahagian besar Timur Tengah
    (Amerika Utara)Ahad1 JanuariSabtu pertama1–7 hari setahunyaKanada, Amerika Syarikat, Mexico

    Kod data pakej semikonduktor lazimnya merupakan kod data 4 digit TTMM, iaitu dua digit pertama (TT) adalah dua digit terakhir pada tahun kalendar, dan dua digit terakhir (MM) adalah nombor turutan minggu dalam dua digit.[12][13]

    Rujukan

    WikiPedia: Minggu_tujuh_hari http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.fairchildsemi.com/support/packaging/top... http://books.google.com/books?id=Cd5ZjRsNj4sC http://books.google.com/books?id=Tn4PAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=g5c7C2rQzU0C http://books.google.com/books?id=qVNqXDz4CE8C http://www.henry-davis.com/MAPS/Ancient%20Web%20Pa...